Jumaat, 15 Januari 2010

PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article89.pdf


Artikel ini memberikan penjelasan tentang beberapa perkara yang berhubung dengan permainan bahasa. Pada hari ini aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya. Justeru, artikel ini memberikan input yang dapat membantu para guru dalam merancang dan mengelolakan aktiviti permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

9 ulasan:

  1. Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan serta tidak membosankan adalah berpunca daripada kaedah atau cara penyampaian yang digunakan oleh guru-guru.
    maka setiap guru perlu mempunyai suatu kaedah pengajaran yang kreatif agar ianya dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk mengikuti pembelajaran tanpa sebarang tekanan.
    kaedah permainan bahasa ini amat sesuai digunakan terutama bagi mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, ia bukan sahaja dapat membantu kefahaman pelajar malah boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

    BalasPadam
  2. keadah pembelajaran secara permainan bahasa memamg amat menarik untuk dipraktikkan kerana akan mempelbagaikan kaedah pegajaran kita. kaedah ini memang terbukti manarik minat pelajar kerana dapat mengkis rasa bosan.Pelajar juga dapat belajar berinteraksi dan bekerjasama di dalam kumpulan. Dalam permainan bahasa ini kita sebagai guru hendaklah menetapkan syarat-syarat atau peraturan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan di mana dengan pertaran seperti ini kita dapat membentuk pelajar yang berdisiplin.

    BalasPadam
  3. guru berperanan untuk menentukan pengjaran dan pembelajaran yang menyeronokan dengan menggunakan kaedah pengajran yang kreatif dan kritis tanpa sebarang tekanan.Contohnya dengan kaedah permainan bahasa samada bahasa ineggeris atau bahasa melayu.Kaedah ini memang terbukti menarik minat pelajar baik secara individu atau kumpulan > saya percaya apabila guru mengambil inisiatif untuk menambahbaikan pelajar tentunya akan mencapai onjektif baik secara individu mahupun peringkat nasional amnya.sesungguhnya permainan bahasa dalam pengajaran adalah sesuatu yang menarik dan menyeronokkan.

    BalasPadam
  4. Pada pendapat saya, banyak kelebihan apabila permainan bahasa dilaksanakan dalam proses P&P. Antaranya ialah dapat merangsang interaksi verbal pelajar. Selain itu, boleh menambahkan kefasihan dan keyakinan pelajar semasa berinteraksi. Lain daripada itu, berguna sebagai penyediaan konteks pembelajaran dalam kelas. Di samping itu, permainan bahasa dijadikan alat mengikis rasa bosan semasa proses P&P. Permainan bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Seterusnya, dijadikan sebagai peningkat motivasi pelajar dan alat interaksi antara pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan guru. Akhirnya, sebagai alat pembentuk kerjasama antara pelajar.

    BalasPadam
  5. Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan. Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, permainan bahasa mempunyai kelebihan iaitu pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna.Selain itu, permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi, membantu proses sosialisasi dan menyatukan pelajar daripada aras kebolehan yang berbeza-beza. Sekiranya digunakan dengan betul, teknik permainan boleh memberikan lebih banyak pengalaman yang berguna dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran konvensional.

    BalasPadam
  6. Salam……

    Saya berpendapat bahawa permainan bahasa merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang mempunyai unsur-unsur permainan yang menghiburkan. Melalui kaedah ini pelajar dapat mempraktikkan kemahiran –kemahiran bahasa dengan cara yang lebih menarik. Kaedah ini penting bagi menarik minat murid mempelajari bahasa. Pada masa ini, sudah terdapat permainan bahasa menggunakan pendekatan ICT telah dihasilkan yang sudah pasti mampu menarik minat pelajar dan mengelakkan rasa bosan pelajar terhadap pelajaran bahasa.

    BalasPadam
  7. Pada pandangan saya, Permainan bahasa merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang baik yang boleh digunakan oleh guru kepada pelajar-pelajar bagi menghidupkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas, ini kerana di dalam sesebuah kelas terdapat pelbagai pelajar,ada yang cergas, sederhana dan lemah. Oleh itu dengan adanya permainan ini membolehkan pelajar meningkatkan kefasihan berbahasa dan juga boleh menambahkan keyakinan diri mereka.Serta juga boleh merapatkan hubungan dan mewujudkan kerjasama yang erat antara pelajar dengan guru serta pelajar sesama pelajar. Oleh yang demikian,penggunaan permainan bahasa di dalam kelas ini boleh menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran mereka tanpa rasa boring walaupun pada akhir pembelajaran

    BalasPadam
  8. Dalam sesi P&P, Permainan bahasa memaninkan peranan penting , ia adalah stu inovasi yang positif demi menarik minat pelajar agar terlibat secara aktif dalam bilik darjah..Ia amat efektif terutamanya pada waktu puncak iaitu ketika waktu tengah hari apabnila mata pelajar mulai mengantuk, panas tambahan pula mungkin sesetengahnya mengalami rasa dahaga dan lapar. permainan bahas secara tidak langsung dapat mengalih perhatian mereka untuk menumpu kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah..

    BalasPadam
  9. Blog dan artikel yang menarik.
    Untuk mencuba permainan Lingo sila ke laman web ini.
    http://affendi.brinkster.net/lingo

    BalasPadam